Kami akan berada di Keningau pada 27 March 2014 untuk ujibakat Miss & Mr. Borneo Ethnic Pageant.
Bagi yang berminat, sila datang ke Bilik Gerakan, Majlis Daerah Keningau, pada jam 5 petang.
Rujuk maklumat lanjut tentang ujibakat di SINI
Kami juga berbangga kerana dapat membawa ujibakat kami ke Keningau, tempat yang sangat bersejarah bagi rakyat Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.
Di sinilah termeterai sumpah setia rakyat pedalaman Sabah kepada Malaysia selagi syarat dipenuhi. Sumpah setia yang terpahat dengan jaminan hak mutlak rakyat Sabah kekal terpelihara. Sumpah yang tidak harus dipandang enteng pemimpin negara.
Batu Sumpah yang dahulunya terletak di atas bukit Hotel Perkasa dibina khas ketika Sabah terutamanya rakyat Pedalaman bersetuju pembentukkan Malaysia pada tahun 1963, yang dipelopori oleh pejuang pejuang politik tempatan seperti mendiang OKK Sedomon Gunsanad, Datuk G.S Sundang, OKK Anthony Undan Andulag, Datuk Anthony Gibon, Datuk Angian Andulag, Datuk Arif Salleh, Chu Shin Kee dari parti UNKO dan Haji Arshad Abdul Rahim dari parti USNO.
Bagi menyempurnakan keikhlasan dan sekali gus melindungi hak jati rakyat pedalaman Sabah, satu janji antara kedua belah pihak terpahat kekal. Janji ini melarang pemimpin Malaya mengetepikan apa sekalipun 20 perkara yang disenaraikan oleh rakyat Sabah.
Perkara diukir keatas Batu Sumpah dilaksanakan dengan penuh adat oleh beberapa “Bobolian” termasuk mengorbankan ayam sebagai “Sogit” untuk mengukuhkan janji janji tersebut.
Batu Bersumpah Keningau dirasmikan wakil kerajaan persekutuan, Tan Sri Manickavasagam. Majlis bersejarah itu turut dihadiri pejuang kemerdekaan Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah - Tun Fuad Stephens.
Yang Di Pertuan Agong ke 3, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong turut melawat Batu Sumpah itu pada 1964.
Tulisan di Batu Sumpah Keningau berbunyi seperti berikut (masih menggunakan ejaan lama):
1. UGAMA BEBAS DALAM SABAH.
2. TANAH2 DALAM SABAH DI-KUASA OLEH KERAJAAN SABAH.
3. ADAT ISTIADAT RAYAT SABAH DI-HORMATKAN DAN DI-PELIHARA OLEH KERAJAAN.
SABALEK PULA RAYAT2 SABAH DI-DALAM INTERIOR BERSUMPAH TA'AT SETIA KAPADA KERAJAAN MALAYSIA.