Soalan Kumang & Keling Tourism 2011

SOALAN KUMANG TOURISM BORNEO HORNBILL FESTIVAL 2011
(Baca Panduan dan Tips)

1. Anda telah memenangi Kumang/Keling Borneo Hornbill Festival 2011 dan dilantik sebagai Duta Persatuan Warisan Sarawak KL (PWSKL). Terangkan peranan anda sebagai Duta PWSKL untuk mempromosikan budaya masyarakat Sarawak.

2. Apakah usaha yang akan anda lakukan untuk mempromosikan Hornbill Festival sebagai salah satu tarikan pelancongan utama di Malaysia.

3. Kepelbagaian etnik menjadikan Sarawak sebagai contoh 1Malaysia. Bagaimanakah kepelbagaian etnik ini boleh menyumbang kepada industri pelancongan di Malaysia.

4. Nyatakan cara untuk anda mempromosikan Sarawak sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia.

5. Homestay merupakan salah satu cara untuk mempromosikan budaya di Sarawak. Anda sebagai pengiat homestay, nyatakan secara ringkas aktiviti yang boleh dilakukan di homestay anda.

6. Sebagai Rakyat Malaysia, apakah peranan atau sumbangan anda untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia.

7. Bagaimanakah anda boleh memartabatkan kebudayaan dan kesenian sebagai salah satu tarikan pelancongan di Malaysia.

8. Destinasi pelancongan manakah di Malaysia yang anda ingin perkenalkan kepada dunia dan mengapa?

9. Malaysia sinonim dengan Slogan Malaysia Truly Asia. Sejauh manakah anda bersetuju dengan dengan Slogan ini dan mengaapa?

10. Malaysia mempunyai pelbagai jenis permainan tradisional yang unik. Nyatakan salah satu daripadanya dan bagaimana ianya boleh menjadi daya tarikan kepada industri pelancongan di Malaysia.

11. Kebudayaan dan kesenian juga boleh menjadi tarikan pelancongan di Malaysia.Sejauh manakah anda bersetuju.

12. Mengapa kerjasama di antara NGO dan Kerajaan amat penting dalam memajukan industri pelancong di Malaysia.

13. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan Pelancongan, penglibatan masyarakat juga amat penting. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini.

14. Dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pelancong luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia, sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini.

15. Penglibatan agensi seluruh dunia dan dialog semasa mengenai isu-isu pelancoangan amatlah penting. Sejauh manakah anda bersetuju

16. Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong. Sejauh manakah anda bersetuju?