Panduan Ringkas Untuk Kumang & Keling Tourism


Jawapan yang ringkas dan padat harus diutamakan.

Dalam menyediakan jawapan anda, anda pasti akan mengumpul jawapan yang panjang dengan harapan ianya selengkap mungkin. Namun in hanya akan menjerat anda kerana kita pasti akan menghafal jawapan kita tanpa memahami soalan dan seterusnya berupaya memberi jawapan secara spontan dan bersahaja.

Baca setiap soalan dengan teliti dan fahami keperluan jawapannya. Tentukan kata kunci penting dalam jawapan anda dan berlatih untuk melafaskan jawapan dengan tenang.  Jangan bina ayat yang tidak bersesuaian dengan peribadi anda kerana anda akan keliru dan gugup ketika menghafal. Just be yourself.  If being yourself is not good enough, it's time to improve yourself.

Setelah anda mengumpul jawapan untuk setiap soalan, berlatih menjawabnya beberapa kali, hingga anda selesa dan yakin dengan jawapan anda.  Selesaikan soalan yang seterunya serta merta.  Senaraikan kata kunci penting sahaja kerana dengan cara ini, anda 'terpaksa' menghuraikannya dengan cara anda sendiri yang bersifat 'natural'.  Ini juga membolehkan anda menemui pelbagai pilihan dalam pengolahan jawapan anda.

Minta pertolongan rakan anda. Kongsi soalan tersebut dengan mereka dan juga peserta lain. Bekerja bersama ada faedahnya.  Ianya seperti mengulangkaji untuk peperiksaan secara berkumpulan.  Namun ia harus dilakukan secara fokus dan tidak menyeleweng kepada topik lain kerana masa adalah terhad.  Bawa soalan berkenaan bersama anda sepanjang masa supaya anda boleh bertanya rakan sejurus ada masa terluang.  Lebih kerap anda berbicara tentangnya, lebih mudah anda mendalami dan menjiwai perkara itu.  Kata orang, jika kita mengulangi pembohongan dengan secukupnya, kita juga akan percaya bahawa itu adalah kebenaran.  Saya percaya ini benar, dan saya tidak berbohong...

Berlatih menjawab di hadapan cermin.  Ini membantu anda melihat riak muka anda yang gugup atau yakin.  Ia juga membolehkan anda melihat sama ada anda senyum atau tidak.  Senyum terpaksa lebih bermanafaat dari tidak senyum sama sekali.

Saya harap panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu.  Penulisan yang terlalu panjang hanya akan membuang masa anda, sedangkan anda perlu bekerja keras untuk menyelesaikan persoalan. Mulalah sekarang.

Pertandingan ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan keyakinan anda menghadapi masa depan.  Semoga berjaya melakukan yang terbaik.