Panduan Am
Jadual Raptai & Pertandingan : Pusat Pelancongan Malaysia,
Jln Ampang, Kuala Lumpur
Tarikh
|
Hari
|
Masa
|
Butiran
|
5 July
|
Khamis
|
4.00 pm
|
Raptai(Kumang/Keligit/Unduk
Ngadau/Keling)
|
6 July
|
Jumaat
|
9.00 am
1.00 pm
6.00 pm
|
Raptai(Kumang/Keligit/Unduk
Ngadau/Keling)
Raptai (Tarian Etnik)
Pertandingan, Akhir Unduk Ngadau
|
7 July
|
Sabtu
|
9.00 am 1.00 pm 6.00
pm
|
Raptai
(Kumang/Keligit/Keling)
Raptai (Tarian Etnik)
Pertandingan,
Akhir Kumang/Keligit/Keling
|
8 July
|
Ahad
|
9.00 am 6.00 pm
|
Raptai (Tarian Etnik)
Pertandingan Akhir
Tarian Etnik Sabah/ Sarawak
|
Penting: Waktu raptai akan ditepati
oleh penganjur. Peserta perlu berusaha
untuk datang tepat pada waktu. Perserta yang datang lewat dan terlepas waktu tidak
akan diberi ulangan.
1. Panduan Ujibakat dan
Finalis Kumang/Keligit/Unduk Ngdau/Keling
-
Finalis (berjaya melepasi
ujibakat) wajib hadir setiap raptai pada masa yang ditetapkan. Waktu
adalah sangat terhad. Sila atur jadual
cuti dan tiket perjalanan/penerbangan untuk membolehkan kehadiran yang baik pada
sesi raptai.
-
Segala pakaian dan kelengakapn
adalah tanggungjawab sendiri.
-
10% markah penilaian peringkat akhir berdasarkan displin/kehadiran
sepanjang pertandingan.
-
Boleh membawa seorang
(1) pembantu sahaja.
-
Pemilihan finalis berdasarkan 20%
markah ‘online voting’ untuk peserta ujibakat dan 80% dari Juri ujibakat.
-
Keputusan peserta finalis
yang berjaya akan diumumkan awal bulan April 2012
-
Setiap finalis perlu membayar RM30 sebagai
yuran pendaftaran.
-
Finalis wajib menggunakan khidmat persolekan yang disediakan oleh pihak
penganjur .
-
Semua peserta mesti
bersetuju mematuhi semua syarat dan peraturan sepanjang
ujibakat, raptai dan pertandingan akhir.
2. Panduan Pembantu
-
Bertanggungjawab membantu
sepenuhnya kumang/unduk ngadau/keling.
-
Bertanggungjawab menjaga
pakaian serta makan dan minum untuk peserta.
-
Hanya dibenarkan berada di
belakang pentas semasa pertandingan
-
Memastikan peserta telah membuat
persediaan awal sebelum pertandingan
3. Panduan Tarian Etnik Sabah/Sarawak
-
Setiap pasukan wajib
hadir untuk setiap sesi raptai pada masa yang ditetapkan.
-
Segala pakaian dan kelengakapan
adalah tanggungjawab setiap pasukan.
-
10% markah penilaian
berdasarkan displin/kehadiran.
-
Pasukan dibenarkan membawa seorang
(1) pembantu sahaja.
-
Hanya 15 pasukan yang berdaftar
awal akan di pilih untuk pertandingan ini.
-
Perlu membuat dua
(2) persembahan; Tarian Etnik & Tarian Rampaian
Etnik.
-
Yuran pendaftaran RM150 setiap pasukan.
-
Muzik mesti disediakan dalam
bentuk Audio CD atau format mp3 dalam thumb drive. Muzik mesti diserahkan kepada penganjur
ketika sesi raptai pertama.
-
Sinopsis perlu disediakan bagi
setiap tarian
-
Peserta mesti bersetuju
mematuhi semua syarat dan peraturan.
-
Peserta bertanggungjawab
mengetahui perkembangan terkini untuk sebarang perubahan dari semasa ke semasa
oleh pihak penganjur.
Pemarkahan Tarian Etnik
Tarian dan koreografi yang
original- 30%
Prop & Kelengkapan
Pentas - 10%
Keserasian tarian dengan
rentak muzik - 20%
Kreativiti -25%
Keaslian pakaian - 5%
Disiplin – 10%
4. Pengangkutan/Penginapan/Makanan
-
Pengangkutan, penginapan dan
makanan adalah tanggungjawab setiap peserta
-
Pihak PWSKL boleh menbantu
mencari penginapan yg sesuai
-
Peserta bertanggungjawab ke
atas semua kos yang berkenaan untuk hadir ke sesi ujibakat dan setiap tarikh
dan lokasi untuk raptai dan pertandingan akhir.
5. Keselamatan
Pihak penganjur
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan dan kerosakan harta
benda mahupun kecederaan fizikal yang menimpa peserta sepanjang terlibat dalam
pertandingan ini. Penglibatan peserta adalah pada risiko sendiri dan sebarang
tuntutan terhadap pihak PWS KL & Selangor
tidak akan dilayan.